Saturday, July 30, 2011

Pelanduk dua serupa

Kata orang kita mempunyai pelanduk dua serupa dalam dunia ini dan dikatanya juga wujudnya pelanduk tujuh serupa. Tapi apa yang ingin saya bawakan dan kongsi bersama-sama anda semua adalah pelanduk dua serupa yang mungkin sama dari sesetengah ciri fizikal ataupun air muka mereka. Ini termasuklah artis-artis negara kita yang mempunyai persamaan dengan artis antarabangsa dan juga artis-artis dalam negara yang sudah meninggal dunia ataupun lagenda seni melayu...:-)

Musly Ramlee yang terkenal dengan perwatakan & imej yang "meniru" seniman agung P.Ramlee ini sangat beruntung kerana mempunyai air muka dan tulang pipi yang hampir sama dengan P.Ramlee. Ini sangat memberi kesan dalam kejayaannya sebagai "peniru" P.Ramlee didalam industri ini sekaligus mencantas semua pesaing-pesaing "peniru" P.Ramlee yang lain..

Arwah Nordin Ahmad dan Rosyam Nor adalah dua bintang filem hebat negara di  zaman masing-masing. Mereka mempunyai riak wajah yang hampir sama terutama pandangan mata dan juga riak wajah ketika menyampaikan dialog marah dan romantik.

Zarina daripada musim kedua Akademi Fantasia ini yang semakin meningkat naik dalam industri lakonan mempunyai riak wajah yang hampir sama dengan pelakon terkenal era 80'an, Raja Ema. Ini dapat dilihat apabila melihat kedua-duanya berlakon babak manja. Riak wajah mereka memang hampir sama.

Pelakon filem Karak yang semakin meningkat naik ini pula iaitu Kilafairy mempunyai persamaan air muka dan juga keseksian bibir yang hampir menyerupai Angelina Jolie pelakon terkenal Hollywood. Anak kepada Rohana Jalil ini disifatkan sebagai beruntung kerana lahir dalam industri seni lakonan tanah air dengan mempunyai rupa yang unik berbanding pelakon-pelakon yang sedia ada.

Penyanyi handalan Malaysia ini iaitu Dayang Nurfaizah mempunyai senyuman dan pandangan mata  yang hampir menyerupai penyanyi handalan Hollywood, Beyonce knowles. Ini dikuatkan lagi dengan kulit hitam manisnya yang juga hampir menyerupai Beyonce yang pernah bersama kumpulan Destiny Child's ini.

Ziana Zain pula sangat beruntung kerana mempunyai wajah yang hampir sama dengan Wanita Tercantik Dunia 2011 yang juga penyanyi handalan Hollywood, Jennifer Lopez. Dagu dan tulang pipinya hampir jelas menyamai  Jennifer Lopez atau lebih dikenali Jlo terutama ketika melemparkan senyuman.

Dato' Siti Nurhaliza juga mempunyai persamaan dengan bintang terkenal Antarabangsa  iaitu Katie Holmes.  Senyuman tutup mulut  dan juga jelingan mata mereka hampir 100%  sama. Bentuk muka mereka juga hampir menyamai.


Pelakon putih gebu Malaysia Zizie Ezette pula hampir menyamai  Renee Zellweger dari segi bentuk wajah.  Renungan mata secara tepat dan tajam  kepada kamera juga akan lebih menampakkan persamaan Zizie Ezette dengan pelakon hollywood ini.


Air muka penyanyi lagu Tanpamu iaitu Farawahida ini hampir menyamai pelakon Bollywood yang terkenal dalam filem Kuch Kuch Hota Hai, Kajol. Senyuman sinis kepada kamera akan lebih menampakkan persamaan mereka berdua.


Seorang lagi artis Malaysia yang mempunyai wajah seiras dengan artis Bollywood adalah pengacara TV3 Nurul Shuhada. Air muka Nurul Shuhada lebih hampir kepada muka Priety Zinta terutama ketika mereka ini  melempakan senyuman yang menampakkan kedua-dua buah lesung pipit di pipi mereka.


Pengacara terkenal Astro pula mempunyai kemanisan senyuman dan pandangan mata yang hampir menyerupai David Becham. Mungkin jika Jimmy menambahkan kesasaan badannya akan lebih menampakkan persamaan dengan selebriti sukan bola sepak antarabangsa ini.


Lah yang pernah mengangotai kumpulan V.E ini pula mempunyai senyuman hampir  90% menyamai Jim Carrey. Pergerakkan badan Lah semasa menyampaikan lagu juga kadang-kadang hampir menampakkan keseirasan Lah dengan pelakon komedi Hollywood ini. 


Ini adalah sebahagian mereka yang mempunyai muka yang seiras ataupun pelanduk dua serupa. Mungkin ramai lagi artis-artis Malaysia yang mempunyai persamaan dengan artis luar atau dalam negara sendiri. Mungkin anda juga mempunyai persamaan dengan artis.. siapa tahu??? hehhehe...:-)

No comments:

Post a Comment