Friday, September 16, 2011

Pengalaman Syawal


   Assalammualaikum dan salam sejahtera bagi pembaca-pembaca blog SBHR yang bukan beragama Islam. Rasanya masih belum terlambat saya mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua umat Islam didunia ini. Semoga Aidilfitri ini memberi kita semua seribu satu rahmat di dalam kehidupan kita untuk menempuh hari mendatang.


   Sempena didalam bulan syawal ini saya ingin berkongsi suka duka sepanjang saya menyambut Aidilfitri ini di kampung bersama keluarga tercinta di Temerloh, Pahang. Sehari sebelum menjelang syawal yang pertama saya bersama-sama keluarga saya yang besar bergotong-royong bertungkus lumus meyediakan dan menyiapkan apa yang diperlukan syawal pada tahun ini. Tugas pertama yang diberikan kepada saya adalah mengecat bilik rumah saya. Pada mulanya saya agak keberatan untuk mengecat bilik kerana saya terpaksa menggunat cat bewarna merah yang merupakan warna yang paling saya tidak gemari. Namun demi permintaan ibu tercinta saya turuti juga dengan penuh keikhlasan.
Proses mengecat seorang diri.. hehehe
     Selesai saja mengecat saya cepat-cepat membersihkan diri dan menolong pula ahli keluarga yang lain didapur yang sudah tentunya banyak kerja. Pada tahun ini keluarga saya meyediakan juadah-juadah seperti lemang, ketupat, nasi impit, rendang ayam, rendang lembu, rendang rusa, mee sup tulang dan juga dalca daging. Oleh kerana terlalu banyak juadah, kelapa yang diperlukan adalah sebanyak 25 biji dan saya juga adalah orang yang bertanggungjawab mengukurnya. Sangat gembira rasa dihati saya apabila melihat ahli keluarga yang tidak menghiraukan penat berpuasa dihari terakhir bertungkus lumus bekerja bersama.


Memotong daging

Menyedikan kerisik untuk rendang

Membasuh bekas-bekas yang ingin digunakan

Anak buah yang menjadi mangsa mengupas bawang.. hehehe

Abang ipar yang itugaskan membakar lemang

Kakak aku no3 yang menjadi guru ketupat palas.. huhu
  Setelah selesai semuanya kami semua sememangnya tidak sabar menunggu waktu berbuka kerana kami akan merasmikan  sedikit lauk-pauk untuk 1 syawal esoknya. Setelah tiba waktu berbuka kami semua merasmikan juadah 1 syawal dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Juadah berbuka yang merupakan juadah perasmian juadah 1syawal
    Pada malam hari menunggu kedatangan 1 syawal kami sekeluarga beramain mercun dan bunga api. Tentu saja anak buah saya yang kecil yang sangat menikmati saat ini.

Kegembiraan anak buah bermain bunga api
Mengajar anak buah main bunga api.. hehehe
Pandai juga akhirnya bermain bunga api. Hati-hati ye..
 Akhirnya 1 syawal menjelma, pada pagi 1 syawal itu saya beserta keluarga bangun pagi untuk pergi menunaikan solat hari raya. Tapi malang pada tahun ini saya tidak dapat menunaikan solat sunat hari raya ini kerana masjid di kampung saya terlalu penuh. Mungkin semua warga kampung sudah mempunyai keluarga yang besar sekarang. Jika diingat sewaktu saya masih kecil dulu ruangan masjid sentiasa cukup namun kini walaupun sudah menambah ruangan solat tetapi masih tidak cukup ruang.
  
   Setelah ke masjid dengan hampa, saya pulang kerumah kerumah untuk bermaaf-maafan bersama keluarga. Walaupun rumah saya agak riuh rendah dengan keluarga yang ramai tetapi jauh disudut hati masih ada perasaan sedih kerana bukan semua yang ada pada hari tersebut. Setelah bermaaf-maafan saya sekeluarga bergambar kenangan kerana bukan mudah untuk berkumpul seperti ini..

Bersama ibu & ayah tercinta

Bersama separuh ahli keluarga