Sunday, August 14, 2011

Tony Blair Jadikan Al-Quran Sumber Rujukan

Masih ingat lagi anda kepada Tony Blair? Tony Blair merupakan bekas Perdana Menteri Britain yang sememangnya terkenal dengan pendirian  tegasnya untuk tidak berbicara mengenai agama. Bagaimanapun, dalam satu wawancara dengan majalah Observer, dia tidak mampu untukmenyembunyikan bahawa Al-Quran kitab pegangan umat Islam itu hakikatnyamenjadi sumber rujukannya setiap hari.

Malah Tony Blair juga mengakui kitab tersebut yakni Al-Quran penuh dengan sumber informasi serta melaluinya juga dia mengetahui sebahagian  daripada fenomena yang berlaku di dunia. Blair turut mengakui, pengetahuan agama yang dipelajari dapat membantuna menjalankan tugas sebagai utusan Asia Barat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia lebih-lebih lagi bertujuan membantu keamanan antara Palestin dan Israel. Blair juga pernah memuji Islam sebagai sebuah agama yang indah dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai penggerak dunia bertamadun.

Namun apa yang menyedihkan walaupun ada sesetengah orang bukan Islam mempercayai Al-Quran namun ada juga sesetengah umat Islam pada hari ini yang dipaparkan berita tentang terpesong akidahnya dan menjadi murtad.Semoga mereka-mereka yang telah tersesat hidupnya ini diberi hidayah semula oleh Allah,begitu juga dengan orang bukan Islam yang mempercai Al-Quran ini juga akan mendapat hidayahNya. Kita pula yang memrpcayai Al-Quran  mestilah berdoa dikekalkan keimanan kepada-Nya dan menambah segala amal kebaikkan dengan mengamalkan "amar makruh nahi mungkar". Amin...:-)

Tony Blair bekas Perdana Menteri Britain

Bilakah Lailatul Qadar???

Setelah kita memahami apa yang dimaksudkan dengan Lailatul Qadar saya ingin pula mengajak para pembaca yang melayari blog SBHR  mengungkap atau merungkai "Bilakah Lailatul Qadar"


Berdasarkan riwayat al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud; "Carilah ia (malam al-Qard) di sepuluh malam-malam yang terakhir."  Penjelasan daripada riwayat tersebut menunjukkan Lailatul Qadar berlaku pada malam 10 terakhir Ramadhan, Ini dikuatkan lagi dengan riwayat-riwayat sahih mengenainya. Sememangnya banyak hadis yang menerangkan Lailatul Qadar ini berlaku pada 10 malam terakhir ramadhan. Namun, pebdapat jumhur ulama merupakan pandangan yang paling kuat mengatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam ganjil pada 10 Ramadhan terakhir iaitu pada 21,23,25,27 dan 29 Ramadhan.

Bagaimanapun, itu hanya pendapat ulama, kerana ada juga hadis yang menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam genap seperti yang dinyatakan oleh al-Hassan  al Basri yang menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-24 Ramadhan.

"Yang pastinya tiada nas yang jelas menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam ganjil.bahkan pada hadi yang diriwayatkan oleh al-Bukhari juga menyatakan Lailatul Qadar tidak boleh ditentukan dengan jelas dan yakin sepertimana hadis berikut, "Nabi s.a.w keluar untuk memberitahu kami tentang malam al-Qard, kebetulan dua orang lelaki daripada kalangan Muslimin sedang berteagah. Lalu Nabi s.a.w bersabda, Aku keluar untuk memberitahu kamu malam al-Qard, ketika fulan dan fulan sedang bertelagah, lalu ia pun diangkat (dari ingatanku), semoga pengangkatan itu menjadi kebaikan bagi kamu. Oleh itu , tuntulah malam itu pada 9, 7 dan 5 Ramadhan, " ujarnya.


Angka ganjil yang dinyatakan berkemungkinan berlaku pada malam ke-29, 27 atau 25 Ramadhan kerana Lailatul Qadar tidak mungkin berlaku pada minggu awal dan pertengahan Ramadhan. Kita tidak boleh mengkhususkan bila berlakunya Lailatul Qadar kerana Rasullullah s.a.w juga tidak dapat mengkhususkan bila ia berlaku. Tetapi Baginda meningkatkan amalan ibadat pada 10 malam  terakhir ramadhan. 


Jadi, masyarakat seharusnya perlu berusaha untuk mencari malam Lailatul Qadar dan bukannya menunggu pada malam-malam tertentu untuk mendapat malam ganjarannya. Lagipun sebagai umat manusia yang diciptakan oleh Allah, hari-hari kita mestilah sentiasa untuk berusaha mencuba meningkatkan amalan ketakwaan kita kepadaNya dengan hati yang penuh ikhlas. Malam seperti Lailatul Qadar ini hanyalah bonus daripada Allah untuk kita mendapat "ganjaranNya". Tidak semua orang yang akan merasai nikmat Lailatul Qadar tersebut. Jadi pupuklah keikhlasn hati dan amal ibadat kita sentiasa kerana Allah dan bukan hanya kerana "ganjaranNya". Inyallah jika diizinkanNya mungkin kita ada rezeki merasai nikmat Lailatul Qadar. Amin. :-)


*Sekadar Gambar hiasan.
Ikhlaslah beribadat kepada Allah kerana Dia Maha Kuasa yang menciptakan kita dan bukan semata-mata kerana "ganjaran"Nya sahaja

Apakah Lailatul Qadar???

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini saya ingin mengajak para pembaca yang melayari blog SBHR mengenal dan menahami apakah Lailatul Qadar yang kita ketahui sebagai malam yang  paling banyak keberkatannhya pada bulan Ramadhan. Lailatul Qadar sebenarnya adalah "hidangan" yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh umat manusia khususnya yang beragama Islam pada setiap Ramadhan.


Pada hari berlakunya Lailatul Qadar tersebut, dijanjikan oleh Allah dengan ganjaran pahala seribu bulan. Sudah pasti ganjaran yang tidak ternilai itu tidak ada sesiapa yang mahu melepaskan begitu sahaja. Bayangkan, setiap amalan hamba Allah pada malam tersebut dinobatkan sebagai amalan kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun 4 bulan. Subhannallah!!!


Dan kerana itu juga ada ulama yang menyifatkan malam Lailatul Qadar adalah sebagai malam ketentuan atau takdir. Dan huraian mengenainya jelas apabila ia dikaitkan dengan penrunan Al-Quran pada malam tersebut. Al-Quran diturunkan sebagai takdir Allah  dalam menegakkan  Islam serta takdirnya juga dalam mewahyukan ayat-ayat sucinya dengan mengutus seorang nabi dan rasul untuk membawa manusia keluar dari alam kejahilan kepada alam sinar petunjuk. Dengan erti kata lain, takdir Allah menentukan  Islam sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.


Ini jelas dinyatakan dalam surah al-Qadr, ayat 1-5 yang bermaksud; "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engakau dapat  mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka , kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);  Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"


Firman Allah lagi bermaksud, "Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan padanya al-Quran...." surah al-Baqarah ayat 185;


Bagaimanapun, Imam At-Tabari menyatakan, pada malam itu, diputuskan hal ajal seseorang, rezeki, dan kejadiannya. Malah turut , ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, dan apakah musibah yang akan menimpanya. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan (tafsir At-Tabari, 25/108). Pandangan tersebut mungkin berkait rapat  dengan Firman Allah yan bermaksud , "Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutuskan rasul-rasul." -(Ad-Dukhan :4-5).