Wednesday, June 29, 2011

Makan Kucing???

Kucing lagi... hehehe,.. Walaupun sebelum ini memang aku ada bercerita tentang kucing tapi itu sekadar memperkenalkan kucing kawan aku.. Emmm... anda pernah dengar tentang orang makan kucing??? Sebelum ini ada juga aku terdengar bahawa orang Kemboja & Vietnam memang menyukai hidangan kucing tetapi aku masih sangsi kebenaran cerita ini.... Yela, kucing binatang yang sangat comel itu dijadikan makanan memang terasa sayup hati aku...


*Gambar sekadar hiasan

Namun aku sekadar ingin berkongsi dan mungkin antara anda semua juga telah mengetahui cerita ini yang terbukti kesahihannya mengenai orang makan kucing.. Kejadian benar ini berlaku disalah sebuah restoran di Guangzhou, China..

Menurut cerita orang-orang disana terlalu obses untuk mendapatkan khasiat dari kucing ini yang dikatakan dapat menyihatkan badan serta menyeimbangi unsur "Yin" & "Yang" didalam tubuh badan mereka.. Namun apa yang menyedihkan untuk membayangkan adalah cara mereka menyediakan juadah binatang jinak ini iaitu dengan memukul mereka hidup-hidup sehingga mati atau merebus hidup-hidup sebelum dijadikan sajian... Di bawah adalah sedikit gambar penyedian juadah kucing dari Goungzhou..

Kucing-kucing yang ditangkap @ dibeli menanti untuk dimasak


Kucing-kucing yang dibunuh secara kejam

Menu yang sudah siap sedia untuk dimakan.
Lihat kaki kucing tue...eeee... macam mana lah
mereka ada hati nak makan ye.. huhuhu...

Sunday, June 26, 2011

Kisah Orang Alim dan Iblis


** Sekadar gambar hiasan

Bila aku duduk-duduk termenung aku teringat satu kisah ni Orang Alim & Iblis. Aku ada cerita dekat kawan-kawan aku semasa di office.. Kisah Orang Alim dan Isteri dia yang mula-mula susah menjadi senang dengan bantuan Iblis.. Kisahnya begini....

Suami isteri itu hidup tenteram mula-mula. Meskipun melarat, mereka taat kepada perintah Tuhan. Segala yang dilarang Allah dihindari, dan ibadah mereka tekun sekali. Si Suami adalah seorang yang alim yang taqwa dan tawakkal. Tetapi sudah beberapa lama isterinya mengeluh terhadap kemiskinan yang tiada habis-habisnya itu. Ia memaksa suaminya agar mencari jalan keluar. Ia membayangkan alangkah senangnya hidup jika segala-galanya serba cukup.


Pada suatu hari, lelaki yang alim itu berangkat ke ibu kota, mahu mencari pekerjaan. Di tengah perjalanan ia melihat sebatang pohon besar yang tengah dikerumuni orang. Dia mendekati mereka. Ternyata orang-orang itu sedang memuja-muja pohon yang kononnya keramat dan sakti itu. Banyak juga kaum wanita dan pedagang-pedagang yang meminta-minta agar suami mereka setia atau dagangnya laris.


"Ini syirik," fikir lelaki yang alim tadi. "Ini harus dibanteras habis. Masyarakat tidak boleh dibiarkan menyembah serta meminta selain Allah." Maka pulanglah dia terburu. Isterinya hairan, mengapa secepat itu suaminya kembali. Lebih hairan lagi waktu dilihatnya si suami mengambil sebilah kapak yang diasahnya tajam. Lantas lelaki alim tadi bergegas keluar. Isterinya bertanya tetapi ia tidak menjawab. Segera dinaiki keldainya dan dipacu cepat-cepat ke pohon itu. Sebelum sampai di tempat pohon itu berdiri, tiba-tiba melompat sesusuk tubuh tinggi besar dan hitam. Dia adalah iblis yangmenyerupai sebagai manusia.


"Hai, mahu ke mana kamu?" tanya si iblis. Orang alim tersebut menjawab, "Saya mahu menuju ke pohon yang disembah-sembah orang bagaikan menyembah Allah. Saya sudah berjanji kepada Allah akan menebang roboh pohon syirik itu." "Kamu tidak ada apa-apa hubungan dengan pohon itu. Yang penting kamu tidak ikut-ikutan syirik seperti mereka. Sudah pulang sahaja." "Tidak boleh, kemungkaran mesti dibanteras," jawab si alim bersikap tegas. "Berhenti, jangan teruskan!" bentak iblis marah.


**Sekadar gambar hiasan


"Akan saya teruskan!" Kerana masing-masing tegas pada pendirian, akhirnya terjadilah perkelahian antara orang alim tadi dengan iblis. Kalau melihat perbezaan badannya, seharusnya orang alim itu dengan mudah boleh dibinasakan. Namun ternyata iblis menyerah kalah, meminta-minta ampun. Kemudian dengan berdiri menahan kesakitan dia berkata, "Tuan, maafkanlah kekasaran saya. Saya tak akan berani lagi mengganggu tuan. Sekarang pulanglah. Saya berjanji, setiap pagi, apabila Tuan selesai menunaikan sembahyang Subuh, di bawah tikar sembahyang Tuan saya sediakan wang emas empat dinar. Pulang saja berburu, jangan teruskan niat Tuan itu dulu,"



Mendengar janji iblis dengan wang emas empat dinar itu, lunturlah kekerasan tekad sialim tadi. Ia teringatkan isterinya yang hidup berkecukupan. Ia teringat akan saban harirungutan isterinya. Setiap pagi empat dinar, dalam sebulan sahaja dia sudah boleh menjadi orang kaya. Mengingat desakan-desakan isterinya itu maka pulanglah dia. Patah niatnya semula hendak membanteras kemungkaran. Demikianlah, semenjak pagi itu isterinya tidak pernah marah lagi.


Hari pertama, ketika si alim selesai sembahyang, dibukanya tikar sembahyangnya. Betul di situ tergolek empat benda berkilat, empat dinar wang emas. Dia meloncat riang, isterinya gembira. Begitu juga hari yang kedua. Empat dinar emas. Ketika pada hari yang ketiga, matahari mulai terbit dan dia membuka tikar sembahyang, masih didapatinya wang itu. Tapi pada hari keempat dia mulai kecewa. Di bawah tikar sembahyangnya tidak ada apa-apa lagi keculai tikar pandan yang rapuh. Isterinya mulai marah kerana wang yang kelmarin sudah dihabiskan sama sekali.

Si alim dengan lesu menjawab, "Jangan khuatir, esok barangkali kita bakal dapat lapan dinar sekaligus." Keesokkan harinya, harap-harap cemas suami-isteri itu bangun pagi-pagi. Selesai sembahyang dibuka tikar sejadahnya kosong. "Kurang ajar. Penipu," teriak si isteri. "Ambil kapak, tebanglah pohon itu." "Ya, memang dia telah menipuku. Akan aku habiskan pohon itu semuanya hingga ke ranting dan daun-daunnya, " sahut si alim itu.

Maka segera ia mengeluarkan keldainya. Sambil membawa kapak yang tajam dia memacu keldainya menuju ke arah pohon yang syirik itu. Di tengah jalan iblis yang berbadan tinggi besar tersebut sudah menghalang. Katanya menyorot tajam, "Mahu kemana kamu?" herdiknya menggegar.


"Mahu menebang pohon," jawab si alim dengan gagah berani."Berhenti, jangan lanjutkan." "Bagaimanapun juga tidak boleh, sebelum pohon itu tumbang." Maka terjadilah kembali perkelahian yang hebat. Tetapi kali ini bukan iblis yang kalah, tapi si alim yang terkulai. Dalam kesakitan, si alim tadi bertanya penuh hairan, "Dengan kekuatan apa engkau dapat mengalahkan saya, padahal dulu engkau tidak berdaya sama sekali?"


Iblis itu dengan angkuh menjawab, "Tentu sahaja engkau dahulu boleh menang, kerana waktu itu engkau keluar rumah untuk Allah, demi Allah. Andaikata kukumpulkan seluruh belantaraku menyerangmu sekalipun, aku takkan mampu mengalahkanmu. Sekarang kamu keluar dari rumah hanya kerana tidak ada wang di bawah tikar sejadahmu. Maka biarpun kau keluarkan seluruh kebolehanmu, tidak mungkin kamu mampun menjatuhkan aku. Pulang saja. Kalau tidak, kupatahkan nanti batang lehermu."


Mendengar penjelasan iblis ini si alim tadi termangu-mangu. Ia merasa bersalah, dan niatnya memang sudah tidak ikhlas kerana Allah lagi. Dengan terhuyung-hayang ia pulang ke rumahnya. Dibatalkan niat semula untuk menebang pohon itu. Ia sedar bahawa perjuangannya yang sekarang adalah tanpa keikhlasan kerana Allah, dan ia sedar perjuangan yang semacam itu tidak akan menghasilkan apa-apa selain dari kesiaan yang berlanjutan. Sebab tujuannya adalah kerana harta benda, mengatasi keutamaan Allah dan agama. Bukankah bererti ia menyalahgunakan agama untuk kepentingan hawa nafsu semata-mata ? Fikir-fikirkanlah biarlah semua benda yang dilakukan kerana Allah...;-)


Kisah Manusia Paling Derita didunia & Manusia Paling Nikmat didunia

Aku teringat sebuah kisah diriwayatkan Imam Muslim tentang manusia paling derita didunia & juga manusia merasa paling nikmat hidup didunia semasa diakhirat untuk iktibar dan peringatan kita bersama... aku betul-betul terharu dengan kisah ini......


Kisahnya begini....

Nanti di suatu masa diakhirat kelak Allah akan memanggil seorang manusia semasa hidupnya didunia paling merasa nikmat hidup kemewahan & kemasyhuran berbanding semua manusia yang pernah hidup dimuka bumi ini dan juga seorang manusia yang semasa hidupnya didunia merasa paling derita berbanding manusia lain yang pernah hidup di muka bumi ini menghadapNya. Tidak dapat digambarkan nikamat yang dirasa & penderitaan yang dirasa mereka berdua ini semasa ddunianya....

Lalu manusia yang semasa hidupnya didunia ini merasa paling derita serta merana hidupnya didunia ini dimasukkan Allah kedalam syurga hanya beberapa ketika seolah dicelup dan diangkat semula sekelip mata dari syurga itu. Allah bertanya kepadanya "Wahai si 'fulan' pernahkah kamu merasa derita dalam hidupmu?". Si fulan itu menjawab "Tidak pernah ya Allah". Kenikmatan yang ada disyurga itu telah membuatkan si fulan itu melupakan semua penderitaan hidupnya kerana nikmat di syurga tiada tandingan langsung dengan apa yang ada didunia ini...

Lalu manusia yang semasa hidupnya merasa paling kenikmatan hidup kemewahan & kemasyhuran didunia pula dimasukkan oleh Allah ke dalam neraka hanya beberapa ketika seperti si fulan tadi juga seolah-olah dicelup dan diangkat semula dari neraka itu dalam sekelip mata. Allah bertanya kepadanya "Wahai si 'fulan' pernahkah kamu merasa nikmat dalam hidupmu?". Lalu si fulan itu menjawab"Tidak pernah ya Allah". Penderitaan dan kengerian hidup yang teramat sangat di neraka itu telah membuatkan manusia ini lupa akan semua kenikmatan hidup yang pernah dirasakannya kerana suasana neraka itu sendiri yang membuatkannya ketakutan walau hanya sekelip mata sahaja.

Pengajarannya, kita kena sentiasa bersyukur dan redha kepada apa yang Allah bagi kepada diri kita tidak kira sewaktu kita merasa nikmat dariNya atau penderitaan dariNya. Kita mesti tabah dengan setiap ujian Allah kerana Allah itu Maha Adil dan Dia tidak akan menguji melebihi dari kemampuan diri kita. Ingatlah nikmat Allah yang bagi kepada kita di akhirat kelak sedikit pun tidak setanding dengan apa yang ada didunia dan bayangan kita. Ingatlah juga penderitaan disana juga amat dasyat melebihi segala apa yang ada didunia dan otak pemikiran kita sendiri. Jadi saya mengingatkan diri anda dan juga diri kita sendiri berusahalah menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada walau ketika itu kita merasakan kitalah orang yang paling malang kerana tujuan utama kita adalah akhirat alam yang kekal abadi...;-)


*Semua gambar sekadar hiasan

Anda suka kucing??? Nak buntingkan kucing??? hehehe

Aku suka sangat tengok kucing kawan aku ni.. Comel betul.. Gambar di bawah ni kira-kira awal tahun hari itu.. comel betul... sekarang bertambah-tambah gebu dan comel... Nama dia Lilo & Comel.. Kalo ada sesiapa nak buntingkan kucing betina dia boleh la contact terus kawan aku atau cuba buka blog dia http://liloandcomel.blogspot.com/.. Banyak juga la kucing betina orang yang dibuntingkan kucing-kucing jantan dia ni... hehehhe..


Saturday, June 25, 2011

Sedar tak sedar. emmmm

Sedar tak sedar dah 2tahun aku tak tulis blog nie... ingat dulu nak aktif tapi aku ada beberapa masalah yang membuatkan blog aku tergendala... Insyallah mulai ari ini aku akan aktif semula... Dah 2tahun aku meninggalkan blog muka pun dah tembam... hehehe... Inilah aku yang terkini...