Saturday, July 16, 2011

Durian Dalit

Anda penggemar durian?? anda pernah menikmati isi durian yang bewarna merah?? mungkin ada antara kita termasuk saya juga jarang dan tidak pernah mengetahui sebelum ini bahawa durian mempunyai warna isi dan jenis yang berbeza.


Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda durian dalit. Ada sesetengah oang memanggulnya sebagai durian kera, durian hutan dan ada juga yang memanggilnya sebagau durian merah. Ini kerana ada sesetengah daripada durian dalit ini isinya berwarna merah. Isinya juga dikatakan lebih berlemak dan mempunyai rasa tersendiri yang berbeza dengan durian biasa. 


Pokok durian dalit atau sesetengah memanggilnya sebagai pokok durian merah hidup subur didalam hutan sekitar Malaysia serta negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya dikenali sebagai durio graveolens becc. Kebanyakkan buahnya lebih kecil dan berwarna kekuningan. Isinya juga mempunyai beberapa warna iaitu kekuningan, keorenan dan juga kemerahan. Dibawah ada disertakan gambar tumbuhan unik ini dan buahnya yang juga dikatakan kegemaran masyarakat Dayak Kenyah, mereka pula memanggilnya sebagai durian daun mungkin kerana ada antara buah ini saiznya sebesar tapak tangan. Enjoy!! :-)
Durian dalit berbunga kemerahan

Buahnya yang berwarna kekuningan

Isi durian dalit yang berwarna kekuningan & keorenan

Isi durian dalit yang kemerahan

Dikatakan juga tekstur isinya lebih enak & berlemak

Anda mahu cuba?? carilah sendiri... hehehe..;-)



1 comment: