Thursday, July 21, 2011

Cinta Tak Mengenal Usia

Perbezaan usia antara pasangan yang bercinta mahupun yang sudah berkahwin lelaki lebih tua dari wanita mungkin dilihat agak normal. Namun realitinya wanita yang lebih berusia dari pasangannya juga banyak terjadi didunia ini.


Kisah ini bukanlah perkara baru dalam sejarah tamadun dunia ini kerana 1400 tahun yang lampau juga Nabi Muhammad s.a.w yang pada ketika itu berusia 25 tahun telah menikahi Siti Khadijah yang berumur 40 tahun. Namun rasa kasih dan cinta antara mereka serta pengorbanan antara mereka dalam menempuhi hidup telah membuatkan Rasullulah sentiasa mengingatinya walaupun setelah Siti Khadijah meninggal dunia dan baginda berkahwin baru. Begitulah hebatnya percintaan mereka berdua bersama dalam menyebarkan agama Allah.


Namun apa yang menjadi persoalan bagaimana seseorang lelaki yang mempunyai naluri yang mudah tertarik kepada wanita yang muda pada dasarnya juga boleh tertarik kepada wanita yang berusia. Itulah kuasa cinta, lihat saja kisah antara Wook Kundur, 106 tahun bersama suaminya Mohd Noor., 37 yang selalu dipaparkan di media kita sewaktu ini. Perbezaan umur sebanyak 69 tahun tidak menghalang mereka menyemai benih cinta untuk bersama-sama melayari alam rumah tangga. Walaupun Wook Kundur selayaknya dipangggil nenek oleh Mohd Noor tetapi kuasa cinta mereka merubah nenek menjadi "sayang"
Wook Kundur,106 tahun mencium suaminya Mohd Noor., 37 tahun
Selain itu, tidak ketinggalan juga ramai selebriti antarabangsa yang menjalikan hubungan "luar biasa" seperti ini. Antaranya adalah pasangan Madonna & Jesus Luz, Loan Collins & Percy Gibson, Demi Moore & Ashton dan ramai lagi. Ini bererti status selebriti yang ada pada seseorang itu juga  belum tentu dapat mengelak dari "jatuh cinta yang luar biasa ini" terutama kepada selebriti lelaki. Di Malaysia juga ada ura-ura mengatakan Shahir Af8 juga telah menjalinkan hubungan dengan Rozita Che Wan dimana jarak usia mereka adalah 16tahun. Adakah ini sekadar gosip atau realiti??? hanya mereka yang tahu... huhuhu..;-P
Joan Collins, 77 tahun & Percy Gibson 45tahun

Jesus Luz 25 tahun & Madonna, 53 tahun


Demi Moore, 46 tahun & Ashton Kutcher, 32 tahun
Gosip atau realiti?? huhuhu. Rozita Che Wan, 39 tahun & Shahir AF8, 23 tahun
































No comments:

Post a Comment