Tuesday, April 14, 2020

Father Life - McDonald Fries or KFC Fries? Kentang goreng pilihan..

Video keenam slot Father Life kali ini membuat aktiviti membeli dan mencuba perbandingkan kentang goreng antara McDonald dan KFC.Like,Share and Subscribe🙏

https://youtu.be/c9LjdxiwtJU

Father Life- Sukan Tahunan 2019 Sekolah Kebangsaan Pengkalan Tentera Darat (SKPTD)-(Throwback)

Video kelima Father Life di channel ini mengimbas sukan tahunan sekolah anak sulung keluarga kecil kami Abang Long Aisy pada 2019 yang lalu. Like, Share & Subscribe🙏
https://youtu.be/VaIktr0asY4

Father Life - Hero Market & Makan-makan

Video keempat Father Life slot untuk Hadi Rieduan Channel.. Kali ini video yang baru dirakam hari ini 13/2/2020. Kebetulan cuti dan boleh luangkan masa bersama anak-anak dan isteri. Kenangan dengan anak-anak diabadikan disini... Like & share & Subscribe 🙏

Father Life- Melayan Anak-Anak (Throwback2019)

Video ketiga untuk Father Life di Channel ini. Like,Share & Subscribe

https://youtu.be/VRener7FvrM

Father Life - Teluk Kemang,Port Dickson (Throwback2019)

Video kedua Father Life- 6 December 2019 di Teluk Kemang, Negeri Sembilan. Please Like, Share & Subscribe. Free je support, membantu bakar semangat..😉
https://youtu.be/k3dRBvJNwjM

Permulaan perjalanan Youtuber pemula

Assalammulaikum kepada yang melari  blog ini..

Memang bertahun aku tidak bukak blog ini sejak bujang tahun 2013 sampailah sekarang  dah tahun 2020 dan dah ada 3 orang anak.. Bulan Mei depan pulak aku akan dapat anak yang keempat..

Sejak aku berhenti menulis blog aku mula nak aktif jadi Youtuber. Bagi korang yang nak melihat aku punya youtube boleh cari HadiRieduan Channel atau  channel kedua aku HR React. Cuma buat sementara ini aku terpaksa buang semua video dekat HR React atas sebab-sebab tertentu.

Hadi Rieduan Channel memaparkan  aktiviti aku bersama isteri dan anak-anak aku. Ada video memasak, mukbang, jalan-jalan dan segala macam aktiviti aku bersama mereka. Video mengenai "Diari Ayah"

HR react pula adalah mengenai reaction video-video segala segi seperti lagu, filem, video viral, politik dan macam-macam lagi.

Dibawah adalah video link pertama Diari Ayah di Hadi Rieduan Channel. Video ini hanya video pengenalan dimana anak kedua saya @ anak kandung pertama saya ajak keluar makan KFC dekat pukul 2 pagi.. Hahaha.. Ini sewaktu umur dia 3 tahun, Sekarang umurnya sudah 4 tahun.. Jom saksikan!!

https://www.youtube.com/watch?v=x1UiDgifYYE

Saturday, February 2, 2013

American Idol Musim ke12


American Idol realiti tv pencarian bakat yang popular dan antara yang lama bertahan sudah masuk musim ke 12 yang terbaru untuk tahun 2013 ini. Rancangan ini merupakan antara rancangan kegemaran saya sejak dari season pertama lagi. Pada tahun ini American Idol telah memperkenalkan tiga orang juri baru bergandingan dengan juri "otai" Randy Jackson". Jom kita "ushar-ushar" juri-juri American Idol tahun ini...

RANDY JACKSON
  • Dilahirkan pada 23 Jun 1956, Randy merupakan juri yang paling lama bertahan dalam American Idol iaitu sejak musim pertama lagi.
  • Randy adalah merupakan seorang pemain bass Amerika, penyanyi, pengeluar rekod, usahawan dan personaliti tv yang popular, Beliau juga merupakan Penerbit Eksekituf MTV's America's Best Dance Crew yang melayakkannya memenangi Anugerah Grammy.
  • Sudah bekerja sama dengan banyak bintang handalan dunia seperti Mariah Carey, Madonna, Whitney Houston, N'sync, Celine Dion, Fergie dan berpuluh-puluh lagi artis ternama dunia yang berjaya.

MARIAH CAREY
  • Dilahirkan pada 27 Mac 1970, Mariah Carey merupakan juri baru yang akan membantu American Idol mencari bakat-bakat yang hebat.
  • Mariah merupakan penyanyi Amerika yang sangat popular di seluruh dunia  dan layak dipanggil "Diva". Selain itu Mariah juga bergelar seorang Penerbit Rekod dan juga Pelakon.
  • Sememangnya layak bergelar lagenda hebat muzik juga, Mariah yang pernah bernaung di bawah Columbia Records pada tahun 1990 pernah mengungguli 4 kali berturut-turut  U.S. Billboard Hot 100 &  banyak kali albumnya berjaya meraih multi-platinum juga memenangi pelbagai anugerah dunia.

NICKI MINAJ
  • Dilahirkan pada 8 Disember 1982, Nicki Minaj meupakan artis unik yang diharapkan mampu untuk membantu American Idol 12 mencari penyanyi yang bukan sahaja hebat dari segi vokal malah keunikkan sebagai penyanyi merupakan pertama kali menjadi juri program ini.
  • Nicki Minaj yang merupakan rapper Trinidad kelahiran Amerika juga merupakan sebagai seorang penulis lagu, pelakon pengalih suara dan personaliti televisyen.
  • Dia juga merupakan artis wanita pertama yang mempunyai 7 "single" di  Billboard Hot 100 & disahkan Recording Industry Association of America (RIAA) untuk mendapat platinum quadruple sebagai antara artis yang terlaris di Amerika.

KEITH URBAN
  • Dilahirkan pada 26 Oktober 1967, Keith Urban yang dilahirkan di Kanada & merupakan pemuzik Australia juga pertama kali menjadi juri American Idol 12.
  • Keith Urban yang juga merupakan suami pelakon terkenal dunia Nicole Kidman juga adalah seorang penyanyi, penulis lagu & pemain gitar komersial yang berjaya.
  • Banyak melahirkan hits, lagu-lagu Keith yang sangat populat di Amerika, Kanada dan Australia juga banyak memenangi anugerah termasuklah Anugrah Grammy.