Saturday, July 9, 2011

Berjihadlah Melawan Hawa Nafsu Sendiri

Kadang-kadang kita tak sedar dalam menjalani hidup ni kita selalu mengikut perasaan atau hawa nafsu sendiri. Kurangnya sifat kesopanan, kesabaran dan sifat selalu bersyukur didalam diri kita juga selalu membuatkan kita selalu lari dari kesifatan yang dituntut dalam menjadi muslim sejati. Oleh itu saya sediakan artikel dibawah untuk perkongsian kita bersama......

Abu Said (Sa'ad) bin Malik bin Sinan Al Khaudri berkata : Ada beberapa orang dari sahabat Anshar datang meminta kepada Rasulluh s.a.w maka diberi oleh baginda, kemudian meminta lagi dan baginda memberi lagi, sehingga habislah apa yang ada pada baginda. Dan setelah habis semua yang ada ditangan Rasullulah s.a.w, baginda bersabda kepada mereka:

"Apa sahaja yang akan membawa kebaikan kepadamu tidak akan aku sembunyikan dari kamu, dan sesiapa yang memelihara kesopanan dirinya, Allah akan memelihara kesopanannya dan siapa yang merasa cukup, maka Allah akan mencukupinya; dan siapa yang berlatih kesabaran, maka Allah akan menyabarkannya. Dan tiada seorang yang mendapat kurniaan (pemberian) Allah yang lebih baik atau lebih dari kesabaran." (HR. Bukhari, Muslim)

Hadis ini memberi pengertian bahawa kesopanan diri dan kesabaran itu adalah terjadi dengan latihan dan suatu perjuangan melawan hawa nafsu, tidak semata-mata datang datang sendiri tanpa sebab ataupun diwarisi tanpa usaha dan iktiar. Dan Allah disamping iktiar dan usaha kita itu, akan membantu(menolong) sehinggalah berjaya dilaksanakan. Sebab kejadian manusia juga adalah mempunyai kesamaan untuk menerima kebaikkan dan kejahatan terseut hampir bersamaan. Kerana itu agama kita menganjur manusia supaya berjihad melawan hawa nafsu kejahatannya, justeru untuk kepentingan diri sendiri juga.

Sifat panas baran dan apa jua sifat buruk boleh dihilangkan dengan iktiar dan usaha sendiri
*Sekadar gambar hiasan

Abu Yahya (Shuhaib) bin Sinan Arrumi r.a berkata: Bersabda Rasullulah s.a.w: Sangan mengagumkan keadaan sesorang mukmin itu, sebab segala keadaannya untuk ia sangat baik, dan tidak mungkin terjadi demikian kecuali seorang mukmin: Jika mendapat nikmat ia besyukur, maka bersyukur itu lebih baik baginya , dan bila mendapat derita kesusahan bersabarlah, maka kesabaran itu lebih baik baginya. (HR. Muslim)

Jadilah orang yang sentiasa bersyukur dan bersabar dengan nikmat kurniaan Allah.
*Sekadar gambar hiasan.

Mensyukuri suatu nikmat bererti memupuk nikmat dan menimbulkan pahalayang lebih besar dari kenikmatan dunia yang telah diterima.

Demikian pula jika menderita bala kesusahan, lalu bersabar maka pahala kesabaran merubah suasana bala menjadi kenikmatan kerana pahala yang tersedia baginya jauh lebih besar dari penderitaannya. Lagipun jika seseorang itu ditimpa penderitaan atau musibah bukan beerti kita mempunyai dosa sahaja semata-mata. Apa yang paling penting dan mungkin ramai yang tidak sedar kerana Allah ingin mengampunkan dosa dan juga untuk mengangkat darjat kita ketahap yang lebih mulia disisiNya. Jadi teruskanlah memupuk sigfat kesopanan, kesabaran & kesyukuran didalam diri kita.....;-P

No comments:

Post a Comment