Saturday, July 16, 2011

Masuk Syurga Tanpa Hisab

* Abdullah bin Abbas r.a berkata:
Rasullulah s.a.w bersabda : Telah ditunjukkan kepadaku keadaan umat yang dahulu, hingga saya melihat seorang nabi dengan rombongan yang kecil, dan ada nabi yang mempunyai pengikut satu dua orang sahaja, bahkan ada nabi yang tiada pengikutnya. Mendadak terlihat padaku rombongan yang besar (yang banyak sekali), saya kira umatku itu, maka diberitahukan padaku bahawa itu Nabi Musa dan kaumnya, tetapi aku lihat ke ufuk kanan dan kiri, tiba-tiba disana saya terlihat rombongan yang besar sekali, dikata kepadaku: Itulah umatmu, dan disamping mereka ada tujuh puluh ribu yang akan masuk syurga tanpa perhitungan (hisab). Setelah itu Nabi s.a.w bangun dan masuk kerumahnya. Sehingga orang-orang sama membicarakan orang-orang yang  akan masuk syurga tanpa hisab itu. Ada berpendapat: Mungkin mereka sahabat-sahabat Nabi s.a.w. Ada pula yang berpendapat: Mungkin mereka yang lahir dalam Islam dan tidak pernah mempersekutukan Allah, dan pendapat-pendapat lain yang mereka sebut.
*Sekadar gambar hiasan
Ada 70 ribu umat Nabi Muhammad s.a.w 
akan dimasukkan ke syurga tanpa hisab









Kemudian Rasullulah s.a.w kembali dan bertanya: Apakah yang sedang kamu perkatakan? Mereka memberitahu segala apa yang mereka cakapkan. Maka Rasullulah s.a.w bersabda: Mereka yang tidak pernah menjampi atau dijampikan dan tidak suka meneka nasib dengan perantaraan burung, dan kepada Tuhan mereka selalu berserah (tawakal). Maka bangun Ukkasyah bin Mihshan  dan berkata: Ya Rasullulah, doakan semoga Allah memasukkan saya dari golongan mereka. Jawab Nabi s.a.w: Engkau termasuk golongan mereka. Kemudian berdiri pula lain orang , dan berkata: Doakan semoga Allah  menjadikan saya dari golongan mereka! Jawan Nabi: Engkau telah didahului oleh Ukkasyah. (HR. Bukhari, Muslim)

*Sekadar gambar hiasan
Jauhkanlah diri dari perkara-perkara syirik

*Abdullah bin Abbas r.a berkata:
HASBUBNALLAAHU  WANI'MAL WAKIIL kalimat yang dibaca oleh Nabi Ibrahim ketika dilempar kedalan api, juga telah dibaca oleh Nabi Muhammad ketika menghadapi tekanan orang kafir, supaya takut kepada merekadalam ayat: Sesungguhnya orang kafir telah mengumpulkan semua tenaga dan kekuatan, Maka takutlah kamu dan jangan keluar untuk melawan, tetapi orang mukmin bertambah iman dan membaca HASBUBNALLAAHU  WANI'MAL WAKIIL, Allah yang mencukupi kami dan sebaik-baik tempat kami berserah diri (tawakal). (HR.Bukhari)

Dan dalam riwayat yang lain: Ibnu Abbas berkata: Akhir kalimat yang diucapkan oleh Nabi Ibrahim a.s ketika dilempar kedalam api' iaitu; HASBUBNALLAAHU  WANI'MAL WAKIIL. Memang benar kalimat ini adalah kalimat yang sakti yang menguatkan kalimat LAA ILAAHA ILLALLAH, dalam bentuk praktiknya.   ;-P






No comments:

Post a Comment