Kisah ini bukanlah perkara baru dalam sejarah tamadun dunia ini kerana 1400 tahun yang lampau juga Nabi Muhammad s.a.w yang pada ketika itu berusia 25 tahun telah menikahi Siti Khadijah yang berumur 40 tahun. Namun rasa kasih dan cinta antara mereka serta pengorbanan antara mereka dalam menempuhi hidup telah membuatkan Rasullulah sentiasa mengingatinya walaupun setelah Siti Khadijah meninggal dunia dan baginda berkahwin baru. Begitulah hebatnya percintaan mereka berdua bersama dalam menyebarkan agama Allah.
Namun apa yang menjadi persoalan bagaimana seseorang lelaki yang mempunyai naluri yang mudah tertarik kepada wanita yang muda pada dasarnya juga boleh tertarik kepada wanita yang berusia. Itulah kuasa cinta, lihat saja kisah antara Wook Kundur, 106 tahun bersama suaminya Mohd Noor., 37 yang selalu dipaparkan di media kita sewaktu ini. Perbezaan umur sebanyak 69 tahun tidak menghalang mereka menyemai benih cinta untuk bersama-sama melayari alam rumah tangga. Walaupun Wook Kundur selayaknya dipangggil nenek oleh Mohd Noor tetapi kuasa cinta mereka merubah nenek menjadi "sayang"
Wook Kundur,106 tahun mencium suaminya Mohd Noor., 37 tahun |
Joan Collins, 77 tahun & Percy Gibson 45tahun |
Jesus Luz 25 tahun & Madonna, 53 tahun |
Demi Moore, 46 tahun & Ashton Kutcher, 32 tahun |
Gosip atau realiti?? huhuhu. Rozita Che Wan, 39 tahun & Shahir AF8, 23 tahun |
No comments:
Post a Comment