Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada anda durian dalit. Ada sesetengah oang memanggulnya sebagai durian kera, durian hutan dan ada juga yang memanggilnya sebagau durian merah. Ini kerana ada sesetengah daripada durian dalit ini isinya berwarna merah. Isinya juga dikatakan lebih berlemak dan mempunyai rasa tersendiri yang berbeza dengan durian biasa.
Pokok durian dalit atau sesetengah memanggilnya sebagai pokok durian merah hidup subur didalam hutan sekitar Malaysia serta negara-negara ASEAN yang lain. Nama saintifiknya dikenali sebagai durio graveolens becc. Kebanyakkan buahnya lebih kecil dan berwarna kekuningan. Isinya juga mempunyai beberapa warna iaitu kekuningan, keorenan dan juga kemerahan. Dibawah ada disertakan gambar tumbuhan unik ini dan buahnya yang juga dikatakan kegemaran masyarakat Dayak Kenyah, mereka pula memanggilnya sebagai durian daun mungkin kerana ada antara buah ini saiznya sebesar tapak tangan. Enjoy!! :-)
Durian dalit berbunga kemerahan
Buahnya yang berwarna kekuningan
Isi durian dalit yang berwarna kekuningan & keorenan
Isi durian dalit yang kemerahan
Dikatakan juga tekstur isinya lebih enak & berlemak
Anda mahu cuba?? carilah sendiri... hehehe..;-)
bagaimana mahu dapatkan benihnya
ReplyDelete