Saturday, July 30, 2011

Apakah yang dimaksudkan "Berpuasa"?

Sempena bulan ramadhan yang akan menjelma ini saya ingin mengajak anda semua yang membaca blog ini mengenali apa itu "berpuasa". Puasa ertinya  menahan. Dalam Istilah syarak bererti menahan nafsu dari segala yang membukakan dari siang hari, mulai dari terbit fajar sidik sehingga terbenamnya matahari. Adapun puasa yang diwajibkan tuhan kita Allah S.W.T keatas umat Islam ialah:

1. Puasa di bulan Ramadhan pada setiap tahun.

2. Puasa yang  dinazarkan.

3. Puasa kaffarah (denda), yang disebabkan oleh:
        a) Jimak di siang hari di bulan Ramadhan.
        b) Zihar (isteri diserupakan dengan ibu).
        c) Melanggar sumpah.
        d) Kerana pembunuhan jiwa yang diharamkan secara disengaja atas sebab tersalah.


Puasa di bulan Ramadhan diwajibkan mula-mulanya pada tahun yang kedua dari Hijrah Nabi s.a.w. Ia diwajibkan atas orang-orang yang sudah mukallaf (baligh-berakal), dan atas orang yang kuasa mengerjakannya. Maka tidak wajiblah puasa itu keatas:

1. Anak-anak.

2. Orang gila.

3. Orang yang hilang akal, sebab mabuk dan lain-lain.

4. Orang yang sangat tua yang sudah payah menjalankan puasa.

5. Orang yang saki tyang apabila berpuasa mungkin menyebabkan kesakitannya bertambah.
*Sekadar gambar hiasan.
Tidak diwajibkan puasa keatas orang tua yang uzur walaupun baligh.

Keterangan menyatakan:
Dari Ali r.a berkata ia telah bersabda Nabi Muhammad S.A.W.: "Diangkatkan tuntutan hukum dari tiga macam orang , dari anak-anak hingga ia baligh, dari orang yang tidur hingga ia bangun dan dari orang gila hingga ia sembuh."

Bila anak-anak itu kuat mengerjakannya, maka puasanya itu sah juga, dan ia diberi pahala seperti pahala amalan wajib.Adapun orang-orang kafir, wajib keatas mereka mengerjakan puasa seperti sembahyang pula, hanya puasa itu tidak sah dikerjakannya kerana kekafirannya. Dengan alasan, bahawa mereka akan dituntut oleh tuhan pada hari kiamat kelak.
*Sekadar gambar hiasan.
Umat Islam besama-sama berpuka puasa di Masjid.



YANG MEWAJIBKAN PUASA DAN FARDHUNYA

Adapun yang mewajibkan puasa ialah 

Pertama : Kerana telah melihat awal bulan Ramadhan (rakyatul-hilal) dengan pandanganh mata. Sebagaimana yang diterangkan dalam ayat bermaksud : Barangsiapa yang telah melihat bulan diantara kamu, hendaklah ia berpuasa.

Dalam hadi Nabi Muhammmad S.A.W dinyatakan pula yang berbunyi sebagai berikut: Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a berkata ia: Telah berkata Nabi s.a.w. "Puasalah kamu kerana telah melihat bulan, apabila bulan itu tertutup (kerana awan tebal), maka sempurnalah bilangan bulan Syaaban tiga puluh hari. 

Kedua: Dengan perhitungan (hisab), Allah berfirman  didalam Al-Quran yang bermaksud: Dia (Tuhan) telah menjadikan matahari bersinar-sinar dan bulan bercahaya-cahaya, dan ditentukan perjalannannya supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan (hisabnya).

*Sekadar gambar hiasan.
Umat Islam membeli persiapan membeli juadah berbuka di Bazaar Ramadhan.




                






      

No comments:

Post a Comment