Saturday, July 16, 2011

Dato' Siti Nurhaliza Artis Serantau Sedekad Paling Popular

Anggun dan manis sekali bertudung & berselendang



Wow!! Itu yang saya mampu berkata apabila kemenangan 10 tahun berturut-turut Dato' Siti Nurhaliza sebagai Artis serantau paling popular berjaya dikekalkan di Anugerah Planet Muzik 2011 yang berlangsung di Singapura pada jumaat 15hb julai 2011 baru-baru ini. 


Kemenangan kali 10 tahun berturut-turut itu telah menukarkan kemenengan beliau pada malam itu sebagai Artis serantau paling popular kepada Artis serantau sedekad paling popular. Kemenangannya yang berstatus "wow" pada malam itu telah memaksa penganjur mengumumkan Dato' Siti Nurhaliza bertanding buat kali terakhir untuk memberi ruang kepada artis lain bagi kategori itu. 


Dengan anugerah Artis serantau sedekad paling popular yang ada pada Dato' Siti Nurhaliza pada malam itu membuktikan lagi kehebatan beliau di arena seni serantau. Hanya bermula tahun depan kita dapat melihat siapakah artis yang akan menggantikan tempat beliau sebagai Artis serantau paling popular dan adakah mampu mempertahankan gelaran itu selama sedekad dan sekaligus mendapat anugerah Artis serantau sedekad yang kedua selepas Dato' Siti Nurhaliza. Rasa macam susah je artis lain.. hehehe.. Congratulation Dato' Siti Nurhaliza!!!!

Dato'Siti Nurhaliza bersama trofi kemenangan


Selain itu Dato' Siti Nurhaliza juga membuat kejutan pada malam itu memperkenalkan lagu terbaru daripada Album Inggeris pertama beliau. Lagu tersebut berjudul Falling in love. Nikmati lagu tersebut dibawah.. Enjoy!!! ;-P

No comments:

Post a Comment