Sunday, June 26, 2011

Kisah Manusia Paling Derita didunia & Manusia Paling Nikmat didunia

Aku teringat sebuah kisah diriwayatkan Imam Muslim tentang manusia paling derita didunia & juga manusia merasa paling nikmat hidup didunia semasa diakhirat untuk iktibar dan peringatan kita bersama... aku betul-betul terharu dengan kisah ini......


Kisahnya begini....

Nanti di suatu masa diakhirat kelak Allah akan memanggil seorang manusia semasa hidupnya didunia paling merasa nikmat hidup kemewahan & kemasyhuran berbanding semua manusia yang pernah hidup dimuka bumi ini dan juga seorang manusia yang semasa hidupnya didunia merasa paling derita berbanding manusia lain yang pernah hidup di muka bumi ini menghadapNya. Tidak dapat digambarkan nikamat yang dirasa & penderitaan yang dirasa mereka berdua ini semasa ddunianya....

Lalu manusia yang semasa hidupnya didunia ini merasa paling derita serta merana hidupnya didunia ini dimasukkan Allah kedalam syurga hanya beberapa ketika seolah dicelup dan diangkat semula sekelip mata dari syurga itu. Allah bertanya kepadanya "Wahai si 'fulan' pernahkah kamu merasa derita dalam hidupmu?". Si fulan itu menjawab "Tidak pernah ya Allah". Kenikmatan yang ada disyurga itu telah membuatkan si fulan itu melupakan semua penderitaan hidupnya kerana nikmat di syurga tiada tandingan langsung dengan apa yang ada didunia ini...

Lalu manusia yang semasa hidupnya merasa paling kenikmatan hidup kemewahan & kemasyhuran didunia pula dimasukkan oleh Allah ke dalam neraka hanya beberapa ketika seperti si fulan tadi juga seolah-olah dicelup dan diangkat semula dari neraka itu dalam sekelip mata. Allah bertanya kepadanya "Wahai si 'fulan' pernahkah kamu merasa nikmat dalam hidupmu?". Lalu si fulan itu menjawab"Tidak pernah ya Allah". Penderitaan dan kengerian hidup yang teramat sangat di neraka itu telah membuatkan manusia ini lupa akan semua kenikmatan hidup yang pernah dirasakannya kerana suasana neraka itu sendiri yang membuatkannya ketakutan walau hanya sekelip mata sahaja.

Pengajarannya, kita kena sentiasa bersyukur dan redha kepada apa yang Allah bagi kepada diri kita tidak kira sewaktu kita merasa nikmat dariNya atau penderitaan dariNya. Kita mesti tabah dengan setiap ujian Allah kerana Allah itu Maha Adil dan Dia tidak akan menguji melebihi dari kemampuan diri kita. Ingatlah nikmat Allah yang bagi kepada kita di akhirat kelak sedikit pun tidak setanding dengan apa yang ada didunia dan bayangan kita. Ingatlah juga penderitaan disana juga amat dasyat melebihi segala apa yang ada didunia dan otak pemikiran kita sendiri. Jadi saya mengingatkan diri anda dan juga diri kita sendiri berusahalah menjadi orang yang sentiasa bersyukur dengan apa yang ada walau ketika itu kita merasakan kitalah orang yang paling malang kerana tujuan utama kita adalah akhirat alam yang kekal abadi...;-)


*Semua gambar sekadar hiasan

No comments:

Post a Comment