Tuesday, April 14, 2020

Permulaan perjalanan Youtuber pemula

Assalammulaikum kepada yang melari  blog ini..

Memang bertahun aku tidak bukak blog ini sejak bujang tahun 2013 sampailah sekarang  dah tahun 2020 dan dah ada 3 orang anak.. Bulan Mei depan pulak aku akan dapat anak yang keempat..

Sejak aku berhenti menulis blog aku mula nak aktif jadi Youtuber. Bagi korang yang nak melihat aku punya youtube boleh cari HadiRieduan Channel atau  channel kedua aku HR React. Cuma buat sementara ini aku terpaksa buang semua video dekat HR React atas sebab-sebab tertentu.

Hadi Rieduan Channel memaparkan  aktiviti aku bersama isteri dan anak-anak aku. Ada video memasak, mukbang, jalan-jalan dan segala macam aktiviti aku bersama mereka. Video mengenai "Diari Ayah"

HR react pula adalah mengenai reaction video-video segala segi seperti lagu, filem, video viral, politik dan macam-macam lagi.

Dibawah adalah video link pertama Diari Ayah di Hadi Rieduan Channel. Video ini hanya video pengenalan dimana anak kedua saya @ anak kandung pertama saya ajak keluar makan KFC dekat pukul 2 pagi.. Hahaha.. Ini sewaktu umur dia 3 tahun, Sekarang umurnya sudah 4 tahun.. Jom saksikan!!

https://www.youtube.com/watch?v=x1UiDgifYYE

Saturday, February 2, 2013

American Idol Musim ke12


American Idol realiti tv pencarian bakat yang popular dan antara yang lama bertahan sudah masuk musim ke 12 yang terbaru untuk tahun 2013 ini. Rancangan ini merupakan antara rancangan kegemaran saya sejak dari season pertama lagi. Pada tahun ini American Idol telah memperkenalkan tiga orang juri baru bergandingan dengan juri "otai" Randy Jackson". Jom kita "ushar-ushar" juri-juri American Idol tahun ini...

RANDY JACKSON
  • Dilahirkan pada 23 Jun 1956, Randy merupakan juri yang paling lama bertahan dalam American Idol iaitu sejak musim pertama lagi.
  • Randy adalah merupakan seorang pemain bass Amerika, penyanyi, pengeluar rekod, usahawan dan personaliti tv yang popular, Beliau juga merupakan Penerbit Eksekituf MTV's America's Best Dance Crew yang melayakkannya memenangi Anugerah Grammy.
  • Sudah bekerja sama dengan banyak bintang handalan dunia seperti Mariah Carey, Madonna, Whitney Houston, N'sync, Celine Dion, Fergie dan berpuluh-puluh lagi artis ternama dunia yang berjaya.

MARIAH CAREY
  • Dilahirkan pada 27 Mac 1970, Mariah Carey merupakan juri baru yang akan membantu American Idol mencari bakat-bakat yang hebat.
  • Mariah merupakan penyanyi Amerika yang sangat popular di seluruh dunia  dan layak dipanggil "Diva". Selain itu Mariah juga bergelar seorang Penerbit Rekod dan juga Pelakon.
  • Sememangnya layak bergelar lagenda hebat muzik juga, Mariah yang pernah bernaung di bawah Columbia Records pada tahun 1990 pernah mengungguli 4 kali berturut-turut  U.S. Billboard Hot 100 &  banyak kali albumnya berjaya meraih multi-platinum juga memenangi pelbagai anugerah dunia.

NICKI MINAJ
  • Dilahirkan pada 8 Disember 1982, Nicki Minaj meupakan artis unik yang diharapkan mampu untuk membantu American Idol 12 mencari penyanyi yang bukan sahaja hebat dari segi vokal malah keunikkan sebagai penyanyi merupakan pertama kali menjadi juri program ini.
  • Nicki Minaj yang merupakan rapper Trinidad kelahiran Amerika juga merupakan sebagai seorang penulis lagu, pelakon pengalih suara dan personaliti televisyen.
  • Dia juga merupakan artis wanita pertama yang mempunyai 7 "single" di  Billboard Hot 100 & disahkan Recording Industry Association of America (RIAA) untuk mendapat platinum quadruple sebagai antara artis yang terlaris di Amerika.

KEITH URBAN
  • Dilahirkan pada 26 Oktober 1967, Keith Urban yang dilahirkan di Kanada & merupakan pemuzik Australia juga pertama kali menjadi juri American Idol 12.
  • Keith Urban yang juga merupakan suami pelakon terkenal dunia Nicole Kidman juga adalah seorang penyanyi, penulis lagu & pemain gitar komersial yang berjaya.
  • Banyak melahirkan hits, lagu-lagu Keith yang sangat populat di Amerika, Kanada dan Australia juga banyak memenangi anugerah termasuklah Anugrah Grammy.







Bermula Semula....

Hadi Rieduan in 2013

Sedar tak sedar lagi dah hampir setahun lebih aku tinggalkan blog ini... Sekarang aku nak aktif semula menulis blog ini dengan cerita-cerita terkini.. Selama setahun aku berhenti kerana berbagai-bagai dugaan yang datang pada aku sehinga aku kehilangan "mood" menulis. Aku harap kali ini dugaan-dugaan yang akan datang boleh membuatkan pembakar semangat untuk menulis blog..

Friday, September 16, 2011

Pengalaman Syawal


   Assalammualaikum dan salam sejahtera bagi pembaca-pembaca blog SBHR yang bukan beragama Islam. Rasanya masih belum terlambat saya mengucapkan selamat hari raya Aidilfitri kepada semua umat Islam didunia ini. Semoga Aidilfitri ini memberi kita semua seribu satu rahmat di dalam kehidupan kita untuk menempuh hari mendatang.


   Sempena didalam bulan syawal ini saya ingin berkongsi suka duka sepanjang saya menyambut Aidilfitri ini di kampung bersama keluarga tercinta di Temerloh, Pahang. Sehari sebelum menjelang syawal yang pertama saya bersama-sama keluarga saya yang besar bergotong-royong bertungkus lumus meyediakan dan menyiapkan apa yang diperlukan syawal pada tahun ini. Tugas pertama yang diberikan kepada saya adalah mengecat bilik rumah saya. Pada mulanya saya agak keberatan untuk mengecat bilik kerana saya terpaksa menggunat cat bewarna merah yang merupakan warna yang paling saya tidak gemari. Namun demi permintaan ibu tercinta saya turuti juga dengan penuh keikhlasan.
Proses mengecat seorang diri.. hehehe
     Selesai saja mengecat saya cepat-cepat membersihkan diri dan menolong pula ahli keluarga yang lain didapur yang sudah tentunya banyak kerja. Pada tahun ini keluarga saya meyediakan juadah-juadah seperti lemang, ketupat, nasi impit, rendang ayam, rendang lembu, rendang rusa, mee sup tulang dan juga dalca daging. Oleh kerana terlalu banyak juadah, kelapa yang diperlukan adalah sebanyak 25 biji dan saya juga adalah orang yang bertanggungjawab mengukurnya. Sangat gembira rasa dihati saya apabila melihat ahli keluarga yang tidak menghiraukan penat berpuasa dihari terakhir bertungkus lumus bekerja bersama.


Memotong daging

Menyedikan kerisik untuk rendang

Membasuh bekas-bekas yang ingin digunakan

Anak buah yang menjadi mangsa mengupas bawang.. hehehe

Abang ipar yang itugaskan membakar lemang

Kakak aku no3 yang menjadi guru ketupat palas.. huhu
  Setelah selesai semuanya kami semua sememangnya tidak sabar menunggu waktu berbuka kerana kami akan merasmikan  sedikit lauk-pauk untuk 1 syawal esoknya. Setelah tiba waktu berbuka kami semua merasmikan juadah 1 syawal dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan.

Juadah berbuka yang merupakan juadah perasmian juadah 1syawal
    Pada malam hari menunggu kedatangan 1 syawal kami sekeluarga beramain mercun dan bunga api. Tentu saja anak buah saya yang kecil yang sangat menikmati saat ini.

Kegembiraan anak buah bermain bunga api
Mengajar anak buah main bunga api.. hehehe
Pandai juga akhirnya bermain bunga api. Hati-hati ye..
 Akhirnya 1 syawal menjelma, pada pagi 1 syawal itu saya beserta keluarga bangun pagi untuk pergi menunaikan solat hari raya. Tapi malang pada tahun ini saya tidak dapat menunaikan solat sunat hari raya ini kerana masjid di kampung saya terlalu penuh. Mungkin semua warga kampung sudah mempunyai keluarga yang besar sekarang. Jika diingat sewaktu saya masih kecil dulu ruangan masjid sentiasa cukup namun kini walaupun sudah menambah ruangan solat tetapi masih tidak cukup ruang.
  
   Setelah ke masjid dengan hampa, saya pulang kerumah kerumah untuk bermaaf-maafan bersama keluarga. Walaupun rumah saya agak riuh rendah dengan keluarga yang ramai tetapi jauh disudut hati masih ada perasaan sedih kerana bukan semua yang ada pada hari tersebut. Setelah bermaaf-maafan saya sekeluarga bergambar kenangan kerana bukan mudah untuk berkumpul seperti ini..

Bersama ibu & ayah tercinta

Bersama separuh ahli keluarga















Sunday, August 14, 2011

Tony Blair Jadikan Al-Quran Sumber Rujukan

Masih ingat lagi anda kepada Tony Blair? Tony Blair merupakan bekas Perdana Menteri Britain yang sememangnya terkenal dengan pendirian  tegasnya untuk tidak berbicara mengenai agama. Bagaimanapun, dalam satu wawancara dengan majalah Observer, dia tidak mampu untukmenyembunyikan bahawa Al-Quran kitab pegangan umat Islam itu hakikatnyamenjadi sumber rujukannya setiap hari.

Malah Tony Blair juga mengakui kitab tersebut yakni Al-Quran penuh dengan sumber informasi serta melaluinya juga dia mengetahui sebahagian  daripada fenomena yang berlaku di dunia. Blair turut mengakui, pengetahuan agama yang dipelajari dapat membantuna menjalankan tugas sebagai utusan Asia Barat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia lebih-lebih lagi bertujuan membantu keamanan antara Palestin dan Israel. Blair juga pernah memuji Islam sebagai sebuah agama yang indah dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai penggerak dunia bertamadun.

Namun apa yang menyedihkan walaupun ada sesetengah orang bukan Islam mempercayai Al-Quran namun ada juga sesetengah umat Islam pada hari ini yang dipaparkan berita tentang terpesong akidahnya dan menjadi murtad.Semoga mereka-mereka yang telah tersesat hidupnya ini diberi hidayah semula oleh Allah,begitu juga dengan orang bukan Islam yang mempercai Al-Quran ini juga akan mendapat hidayahNya. Kita pula yang memrpcayai Al-Quran  mestilah berdoa dikekalkan keimanan kepada-Nya dan menambah segala amal kebaikkan dengan mengamalkan "amar makruh nahi mungkar". Amin...:-)

Tony Blair bekas Perdana Menteri Britain

Bilakah Lailatul Qadar???

Setelah kita memahami apa yang dimaksudkan dengan Lailatul Qadar saya ingin pula mengajak para pembaca yang melayari blog SBHR  mengungkap atau merungkai "Bilakah Lailatul Qadar"


Berdasarkan riwayat al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud; "Carilah ia (malam al-Qard) di sepuluh malam-malam yang terakhir."  Penjelasan daripada riwayat tersebut menunjukkan Lailatul Qadar berlaku pada malam 10 terakhir Ramadhan, Ini dikuatkan lagi dengan riwayat-riwayat sahih mengenainya. Sememangnya banyak hadis yang menerangkan Lailatul Qadar ini berlaku pada 10 malam terakhir ramadhan. Namun, pebdapat jumhur ulama merupakan pandangan yang paling kuat mengatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam ganjil pada 10 Ramadhan terakhir iaitu pada 21,23,25,27 dan 29 Ramadhan.

Bagaimanapun, itu hanya pendapat ulama, kerana ada juga hadis yang menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam genap seperti yang dinyatakan oleh al-Hassan  al Basri yang menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-24 Ramadhan.

"Yang pastinya tiada nas yang jelas menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam ganjil.bahkan pada hadi yang diriwayatkan oleh al-Bukhari juga menyatakan Lailatul Qadar tidak boleh ditentukan dengan jelas dan yakin sepertimana hadis berikut, "Nabi s.a.w keluar untuk memberitahu kami tentang malam al-Qard, kebetulan dua orang lelaki daripada kalangan Muslimin sedang berteagah. Lalu Nabi s.a.w bersabda, Aku keluar untuk memberitahu kamu malam al-Qard, ketika fulan dan fulan sedang bertelagah, lalu ia pun diangkat (dari ingatanku), semoga pengangkatan itu menjadi kebaikan bagi kamu. Oleh itu , tuntulah malam itu pada 9, 7 dan 5 Ramadhan, " ujarnya.


Angka ganjil yang dinyatakan berkemungkinan berlaku pada malam ke-29, 27 atau 25 Ramadhan kerana Lailatul Qadar tidak mungkin berlaku pada minggu awal dan pertengahan Ramadhan. Kita tidak boleh mengkhususkan bila berlakunya Lailatul Qadar kerana Rasullullah s.a.w juga tidak dapat mengkhususkan bila ia berlaku. Tetapi Baginda meningkatkan amalan ibadat pada 10 malam  terakhir ramadhan. 


Jadi, masyarakat seharusnya perlu berusaha untuk mencari malam Lailatul Qadar dan bukannya menunggu pada malam-malam tertentu untuk mendapat malam ganjarannya. Lagipun sebagai umat manusia yang diciptakan oleh Allah, hari-hari kita mestilah sentiasa untuk berusaha mencuba meningkatkan amalan ketakwaan kita kepadaNya dengan hati yang penuh ikhlas. Malam seperti Lailatul Qadar ini hanyalah bonus daripada Allah untuk kita mendapat "ganjaranNya". Tidak semua orang yang akan merasai nikmat Lailatul Qadar tersebut. Jadi pupuklah keikhlasn hati dan amal ibadat kita sentiasa kerana Allah dan bukan hanya kerana "ganjaranNya". Inyallah jika diizinkanNya mungkin kita ada rezeki merasai nikmat Lailatul Qadar. Amin. :-)


*Sekadar Gambar hiasan.
Ikhlaslah beribadat kepada Allah kerana Dia Maha Kuasa yang menciptakan kita dan bukan semata-mata kerana "ganjaran"Nya sahaja

Apakah Lailatul Qadar???

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini saya ingin mengajak para pembaca yang melayari blog SBHR mengenal dan menahami apakah Lailatul Qadar yang kita ketahui sebagai malam yang  paling banyak keberkatannhya pada bulan Ramadhan. Lailatul Qadar sebenarnya adalah "hidangan" yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh umat manusia khususnya yang beragama Islam pada setiap Ramadhan.


Pada hari berlakunya Lailatul Qadar tersebut, dijanjikan oleh Allah dengan ganjaran pahala seribu bulan. Sudah pasti ganjaran yang tidak ternilai itu tidak ada sesiapa yang mahu melepaskan begitu sahaja. Bayangkan, setiap amalan hamba Allah pada malam tersebut dinobatkan sebagai amalan kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun 4 bulan. Subhannallah!!!


Dan kerana itu juga ada ulama yang menyifatkan malam Lailatul Qadar adalah sebagai malam ketentuan atau takdir. Dan huraian mengenainya jelas apabila ia dikaitkan dengan penrunan Al-Quran pada malam tersebut. Al-Quran diturunkan sebagai takdir Allah  dalam menegakkan  Islam serta takdirnya juga dalam mewahyukan ayat-ayat sucinya dengan mengutus seorang nabi dan rasul untuk membawa manusia keluar dari alam kejahilan kepada alam sinar petunjuk. Dengan erti kata lain, takdir Allah menentukan  Islam sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.


Ini jelas dinyatakan dalam surah al-Qadr, ayat 1-5 yang bermaksud; "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engakau dapat  mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka , kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);  Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"


Firman Allah lagi bermaksud, "Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan padanya al-Quran...." surah al-Baqarah ayat 185;


Bagaimanapun, Imam At-Tabari menyatakan, pada malam itu, diputuskan hal ajal seseorang, rezeki, dan kejadiannya. Malah turut , ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, dan apakah musibah yang akan menimpanya. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan (tafsir At-Tabari, 25/108). Pandangan tersebut mungkin berkait rapat  dengan Firman Allah yan bermaksud , "Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutuskan rasul-rasul." -(Ad-Dukhan :4-5).