Sunday, August 14, 2011

Apakah Lailatul Qadar???

Sempena bulan Ramadhan yang mulia ini saya ingin mengajak para pembaca yang melayari blog SBHR mengenal dan menahami apakah Lailatul Qadar yang kita ketahui sebagai malam yang  paling banyak keberkatannhya pada bulan Ramadhan. Lailatul Qadar sebenarnya adalah "hidangan" yang paling ditunggu-tunggu oleh seluruh umat manusia khususnya yang beragama Islam pada setiap Ramadhan.


Pada hari berlakunya Lailatul Qadar tersebut, dijanjikan oleh Allah dengan ganjaran pahala seribu bulan. Sudah pasti ganjaran yang tidak ternilai itu tidak ada sesiapa yang mahu melepaskan begitu sahaja. Bayangkan, setiap amalan hamba Allah pada malam tersebut dinobatkan sebagai amalan kebajikan selama seribu bulan atau menurut ulama sebagai 83 tahun 4 bulan. Subhannallah!!!


Dan kerana itu juga ada ulama yang menyifatkan malam Lailatul Qadar adalah sebagai malam ketentuan atau takdir. Dan huraian mengenainya jelas apabila ia dikaitkan dengan penrunan Al-Quran pada malam tersebut. Al-Quran diturunkan sebagai takdir Allah  dalam menegakkan  Islam serta takdirnya juga dalam mewahyukan ayat-ayat sucinya dengan mengutus seorang nabi dan rasul untuk membawa manusia keluar dari alam kejahilan kepada alam sinar petunjuk. Dengan erti kata lain, takdir Allah menentukan  Islam sebagai agama penyelamat untuk seluruh alam.


Ini jelas dinyatakan dalam surah al-Qadr, ayat 1-5 yang bermaksud; "Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engakau dapat  mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu? Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka , kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);  Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!"


Firman Allah lagi bermaksud, "Bulan Ramadhan yang padanya diturunkan padanya al-Quran...." surah al-Baqarah ayat 185;


Bagaimanapun, Imam At-Tabari menyatakan, pada malam itu, diputuskan hal ajal seseorang, rezeki, dan kejadiannya. Malah turut , ditentukan siapa yang berkahwin dengan siapa, nama siapa yang termasuk dalam senarai kematian pada tahun berikutnya, dan apakah musibah yang akan menimpanya. Ia juga yang dihuraikan oleh Imam Qatadah, Mujahid dan Al-Hassan (tafsir At-Tabari, 25/108). Pandangan tersebut mungkin berkait rapat  dengan Firman Allah yan bermaksud , "Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutuskan rasul-rasul." -(Ad-Dukhan :4-5).






No comments:

Post a Comment