Sunday, August 14, 2011

Bilakah Lailatul Qadar???

Setelah kita memahami apa yang dimaksudkan dengan Lailatul Qadar saya ingin pula mengajak para pembaca yang melayari blog SBHR  mengungkap atau merungkai "Bilakah Lailatul Qadar"


Berdasarkan riwayat al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud; "Carilah ia (malam al-Qard) di sepuluh malam-malam yang terakhir."  Penjelasan daripada riwayat tersebut menunjukkan Lailatul Qadar berlaku pada malam 10 terakhir Ramadhan, Ini dikuatkan lagi dengan riwayat-riwayat sahih mengenainya. Sememangnya banyak hadis yang menerangkan Lailatul Qadar ini berlaku pada 10 malam terakhir ramadhan. Namun, pebdapat jumhur ulama merupakan pandangan yang paling kuat mengatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam ganjil pada 10 Ramadhan terakhir iaitu pada 21,23,25,27 dan 29 Ramadhan.

Bagaimanapun, itu hanya pendapat ulama, kerana ada juga hadis yang menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam genap seperti yang dinyatakan oleh al-Hassan  al Basri yang menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam ke-24 Ramadhan.

"Yang pastinya tiada nas yang jelas menyatakan Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam ganjil.bahkan pada hadi yang diriwayatkan oleh al-Bukhari juga menyatakan Lailatul Qadar tidak boleh ditentukan dengan jelas dan yakin sepertimana hadis berikut, "Nabi s.a.w keluar untuk memberitahu kami tentang malam al-Qard, kebetulan dua orang lelaki daripada kalangan Muslimin sedang berteagah. Lalu Nabi s.a.w bersabda, Aku keluar untuk memberitahu kamu malam al-Qard, ketika fulan dan fulan sedang bertelagah, lalu ia pun diangkat (dari ingatanku), semoga pengangkatan itu menjadi kebaikan bagi kamu. Oleh itu , tuntulah malam itu pada 9, 7 dan 5 Ramadhan, " ujarnya.


Angka ganjil yang dinyatakan berkemungkinan berlaku pada malam ke-29, 27 atau 25 Ramadhan kerana Lailatul Qadar tidak mungkin berlaku pada minggu awal dan pertengahan Ramadhan. Kita tidak boleh mengkhususkan bila berlakunya Lailatul Qadar kerana Rasullullah s.a.w juga tidak dapat mengkhususkan bila ia berlaku. Tetapi Baginda meningkatkan amalan ibadat pada 10 malam  terakhir ramadhan. 


Jadi, masyarakat seharusnya perlu berusaha untuk mencari malam Lailatul Qadar dan bukannya menunggu pada malam-malam tertentu untuk mendapat malam ganjarannya. Lagipun sebagai umat manusia yang diciptakan oleh Allah, hari-hari kita mestilah sentiasa untuk berusaha mencuba meningkatkan amalan ketakwaan kita kepadaNya dengan hati yang penuh ikhlas. Malam seperti Lailatul Qadar ini hanyalah bonus daripada Allah untuk kita mendapat "ganjaranNya". Tidak semua orang yang akan merasai nikmat Lailatul Qadar tersebut. Jadi pupuklah keikhlasn hati dan amal ibadat kita sentiasa kerana Allah dan bukan hanya kerana "ganjaranNya". Inyallah jika diizinkanNya mungkin kita ada rezeki merasai nikmat Lailatul Qadar. Amin. :-)


*Sekadar Gambar hiasan.
Ikhlaslah beribadat kepada Allah kerana Dia Maha Kuasa yang menciptakan kita dan bukan semata-mata kerana "ganjaran"Nya sahaja

No comments:

Post a Comment