Malah Tony Blair juga mengakui kitab tersebut yakni Al-Quran penuh dengan sumber informasi serta melaluinya juga dia mengetahui sebahagian daripada fenomena yang berlaku di dunia. Blair turut mengakui, pengetahuan agama yang dipelajari dapat membantuna menjalankan tugas sebagai utusan Asia Barat untuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Amerika Syarikat (AS), Kesatuan Eropah (EU) dan Rusia lebih-lebih lagi bertujuan membantu keamanan antara Palestin dan Israel. Blair juga pernah memuji Islam sebagai sebuah agama yang indah dan Nabi Muhammad S.A.W sebagai penggerak dunia bertamadun.
Namun apa yang menyedihkan walaupun ada sesetengah orang bukan Islam mempercayai Al-Quran namun ada juga sesetengah umat Islam pada hari ini yang dipaparkan berita tentang terpesong akidahnya dan menjadi murtad.Semoga mereka-mereka yang telah tersesat hidupnya ini diberi hidayah semula oleh Allah,begitu juga dengan orang bukan Islam yang mempercai Al-Quran ini juga akan mendapat hidayahNya. Kita pula yang memrpcayai Al-Quran mestilah berdoa dikekalkan keimanan kepada-Nya dan menambah segala amal kebaikkan dengan mengamalkan "amar makruh nahi mungkar". Amin...:-)
Tony Blair bekas Perdana Menteri Britain |